Khamis, 15 Oktober 2020

PENYEBARAN BUDAYA BARAT DI NEGARA KITA

MPU23042 NILAI MASYARAKAT

PENYEBARAN BUDAYA BARAT DI NEGARA KITA

NAMA PENSYARAH : PUAN NORFAZILA BINTI AHMAD
NAMA : TISHA A/P RAJAGOPAL (23DLS19F2017)
                SUTHESWARY A/P JAYABALAN (23DLS19F2088)
                MIRUTHULA A/P ANBURAJA (23DLS19F2080)
                RUBIKAH A/P MURUGESU (23DLS19F2086)


PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Nilai Masyarakat iaitu Puan Norfazila binti Ahmad kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah kami dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.


PENGENALAN

Penyebaran budaya barat secara umumnya boleh dikatakan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang.Penjajahan Barat di negara kita bermula sejak 400 tahun yang lalu (anggaran) dan masyarakat negara ini telah lama terdedah dengan budaya Barat. Masyarakat kita ketika itu mempunyai jati diri yang kukuh dan pegangan yang kuat terhadap adat resam dan budaya sendiri sehingga mampu mengekang budaya Barat daripada menyebar ke dalam budaya dan kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, budaya negatif Barat kini menjadi ikutan masyarakat negara ini, terutama generasi muda.

CONTOH BUDAYA BARAT :

1. Punk

 Budaya punk telah mula sejak tahun 1970-an dan ia menjadi popular di ibu kota negara-negara besar seperti New york dan London. Budaya ini merupakan sub-budaya daripada muzik rock yang pada asalnya berunsurkan politik berhaluan kiri. Namun, budaya ini telah berkembang menjadi satu budaya yang dapat didefinisikan melalui fesyen,muzik,kelakuan dan dikaitkan dengan kegelapan dan berunsurkan pemberontakan. Pengikut punk mempunyai personaliti yang berbeza dan aneh dan dapat dilihat dari segi pemakaian dan kelakuan mereka. Mereka memakai pakaian serba hitam, berseluar ketat dan gaya rambut mengikut potongan Mohawk yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Dari segi kelakuan, mereka sering bertindak ganas, suka memberontak dan agresif.

    


2.  Black metal

Black metal ialah kumpulan muzik yang mengadakan persembahan seperti orang kurang siuman dengan menggunakan kata-kata yang sukar difahami, berunsurkan lucah dan berpakaian seperti hantu serta lirik-lirik lagu yang mempunyai unsur-unsur pemujaan iblis dan roh. Kumpulan Black metal ini mempunyai simbol mereka iaitu berbentuk tatu salib terbalik yang dibuat daripada gurisan duit syiling yang tersendiri sebagai pengenalan mereka ke dalam kumpulan tersebut. Selain daripada itu juga ahli yang menyertai kumpulan ini dikenakan syarat iaitu memakai pakaian serba hitam, membakar duit syiling 50 sen lalu digariskan di dagu dan mengenakan tatu bintang berbucu lima. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud seperti dewa, syaitan manusia, tuhan serta alam ghaib dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air, angin, tanah dan udara.

    

3.  Hedonisme

Hedonisme ialah perkataan Greek  iaitu 'hedone' yang bermaksud keseronokan, kelazatan dan kegembiraan. Mereka yang mendokong pegangan ini beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan ialah tujuan utama dalam kehidupan mereka. Budaya hedonisme membawa maksud gaya hidup yang hanya mengejar keseronokan semata-mata. Mereka sanggup meninggalkan pegangan agama semata-mata untuk mencapai keseronokan dan menolak segala bentuk penderitaan, kesakitan, dan kepayahan. Kehidupan mereka hanya melibatkan hiburan seperti karaoke, konsert, parti dan sebagainya.



FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN BUDAYA BARAT

 1. FAKTOR DIRI SENDIRI

Bagi golongan remaja pada masa sekarang, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menjadi punca kepada mereka ingin tahu sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contohnya, golongan punk di Malaysia adalah kebanyakannya golongan remaja yang menganggotainya. Oleh itu, mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui kumpulan itu.


2. FAKTOR RAKAN SEBAYA

Seseorang remaja itu sangat rapat dengan rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.


3. FAKTOR KELUARGA

Keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam hal ini kerana anak-anak berasa tidak diperlukan. Kebosanan serta kekurangan kasih sayang akan membuatkan remaja tidak gembira dan mencari pengganti yang lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam budaya ini, sebagai contohnya budaya punk yang amat mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain.


KESAN-KESAN PENYEBARAN BUDAYA BARAT DI NEGARA KITA

1. Dari segi pemakaian

Remaja yang meniru pakaian budaya barat akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya dan tidak akan dihormati oleh orang lain. Dalam agama Islam bagi perempuan wajib menutup aurat dari kepala hingga ke hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan manakalacbagi lelaki pula wajib menutup aurat mereka dari pusat hingga ke lutut. Ibu bapa mereka yang sepatutnya menunjukkan contoh pemakaian yang sesuai dan menutup aurat kepada anak-anak mereka dari peringkat awal lagi supaya isu mengenai budaya barat dalam peniruan pakaian yang menjolok mata kepada masyarakat disekeliling dapat dikurangkan.


2. Penglibatan diri dalam gejala sosial

Banyak kejadian seperti pembuangan bayi, zina, perjudian, budaya homoseksual, penagihan dadah dan sebagainya dilakukan oleh remaja pada hari ini yang kebanyakan mereka mengikut nafsu dan amalan yang dipengaruhi oleh budaya-budaya Barat dan asasnya mungkin berpunca daripada kurangnya pegangan agama pada diri mereka.



3. Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam kalangan masyarakat. Penyebaran budaya Barat mudah meresap masuk dan menjadi ikutan para remaja hari ini. Pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja-remaja akan rosak dan binasa.


CARA-CARA MENGATASI PENYEBARAN BUDAYA BARAT

1. Individu

Individu perlu berpegang teguh pada ajaran agama masing-masing.Selain itu, individu juga perlu mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama kerana ia boleh membantu kita berfikir dengan waras. Di samping itu, mereka perlu sentiasa berwaspada dan tidak mengikut rakan sebaya yang mengajak untuk melibatkan diri dalam sesuatu perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, remaja harus memikirkan dan menilai baik dan buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak. Contohnya, remaja yang beragama Islam bersembahyang di surau sekolah yang menujukkan perbuatan yang baik.


2. Media

Pengarang atau penulis buku tempatan kurang menulis perkara negatif tentang budaya barat dan mereka lebih memberi tumpuan kepada karya berunsur percintaan di alam remaja untuk menarik perhatian di kalangan ramai. Lembaga penapis filem perlu memberi sekatan kepada filem dari Barat yang tidak beretika. Pihak media harus siarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita seperti yang disiarkan di saluran ALHIJRAH.


3. Kerajaan

Seperti biasa kerajaan perlu mengadakan kempen di tempat-tempat yang bersesuaian seperti sekolah, masjid dan sebagainya. Kempen kesedaran akan memberikan kesan yang positif terhadap remaja berdasarkan cara penyampaian informasi tersebut. Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat terhadap perkara-perkara yang kurang bermoral.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, masalah akhlak dan moral terus menular dan merebak seperti wabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Jenis-jenis budaya yang diperkatakan di atas merupakan budaya yang menjadi ikutan remaja dan masyarakat timur hari ini. Remaja yang kini sudah hilang pegangan agama dan jauh terpesong daripada budaya ketimuran yang diangkat oleh masyarakat sejak turun-temurun. Ternyata pendidikan moral masih belum cukup untuk menangani isu budaya sosial ini. Pelbagai pihak perlu mengambil langkah dari sekarang bagi membendung budaya negatif ini daripada terus menular dan menjadi ikutan genarasi akan datang tetapi budaya barat ada juga memberi kesan yang positif terhadap masyarakat. Contohnya, pembukaan restoran  fast-food seperti KFC , Pizza Hut dan sebagainya menjadi salah satu cara untuk remaja mencari pendapatan untuk kegunaan diri sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapa. Dari segi kesenian yang merangkumi seni visual juga
mempengaruhi kita dengan cara baik kerana pelukis-pelukis terkenal seperti Leonardo da Vinci dan Picasso yang membuka minda masyarakat tentang kepentingan seni visual.


Video sebagai rujukan :


Rujukan laman web :

1. https://prezi.com/uaijztztbwuh/kesan-budaya-barat-dalam-kalangan-masyarakat-malaysia/

2. http://budayabaratterrorism.blogspot.com/2014/04/cara-cara-mengatasi-pengaruh-budaya.html

3. https://www.academia.edu/9425797/KESAN_POSITIF_TAMADUN_BARAT_DALAM_ASPEK_KEBUDAYAAN

4. http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/budaya-barat.html

5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Barat

   






































PENYEBARAN BUDAYA BARAT DI NEGARA KITA

MPU23042 NILAI MASYARAKAT PENYEBARAN BUDAYA BARAT DI NEGARA KITA NAMA PENSYARAH : PUAN NORFAZILA BINTI AHMAD NAMA : TISHA A/P RAJAGOPAL (23D...